STRUKTUK KSSR DAN KSSM

STRUKTUR ASAS KSSR DAN KSSM



Komunikasi 

    • Penggabung jalinan kemahiran bah
      asa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dalam kehidupan seharian serta melengkapkan diri ke arah alam kerjaya. 

Sains & Teknologi 

    • Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.
    • Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik.
    • Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi. 
    • Bertanggungjawab dalam harian berlandaskan sikap dan nilai dalam sains, matematik dan teknologi. 

Perkembangan Fizikal & Estetika 

    • Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. 
    • Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat, apresiasi dan inovasi dalam hasil karya.

Kerohanian, Sikap & Nilai 

    • Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai murni dalam kehidupan.
    • Peningkatan Kepatuhan kepada tuhan secara berterusan dalam kehidupan seharian.
    • Pembentukan Insan berakhlak mulia, berintegriti dan akauntabiliti. 

 Kemanusiaan 

    • Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. 
    • Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
    • Perkembangan kemahiran intelektual.
    • Penghayatan nilai asas demokrasi. 
    • Pembinaan kemahiran menyelesaikan masalah.
    • Pembinaan warganegara untuk abad ke 21. 


 Keterampilan Diri 

    • Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. 
    • Penghayatan nilai positif iaitu harga diri dan keyakinan diri. 
    • Penonjolan potensi,kemahiran yang ada pada diri dan daya kreatif. 
    • Membina perhubungan yang bermakna dengan individu dan masyarakat.
Video penjelasan KSSR dari Youtube Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
(Sila tekan link ini-1 jika video diatas tidak berfungsi)

Video penjelasan KSSM dari Youtube Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
(Sila tekan link ini-2 jika video diatas tidak berfungsi)