DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Apakah itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan?


Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau FPK merujuk kepada falsafah yang digunakan dalam merangka dasar-dasar pendidikan negara ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.