HUBUNGAN FPK DENGAN KSSM DAN KBSR

HUBUNGKAIT ANTARA FPK DENGAN KSSR & KSSM

REKA BENTUK 

    Bagi reka bentuk kurikulum KSSR dan KSSM adalah sering berkaitan dengan FPK. Terdapat enam tunjang dalam KSSR dan KSSM dikenal pasti mewakili ilmu bidang ilmu, kemahiran, dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,kritis dan inovatif. Tunjang – tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu dengan FPK. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan memperkembang potensi individu berkait rapat dengan KSSR dan KSSM iaitu pembentukan modal insan yang seimbang dari segi intelek,jasmani, rohani dan emosi. KSSR dan KSSM berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, komputer pengajian tinggi dan sebagainya. 

KOMPONEN 

    Perkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tunjang KSSR dan KSSM ialah FPK terbahagi kepada 4 unsur, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat (Perkembangan Fizikal & Estetika). Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya . Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik (Kemanusiaan) dan membentuk sahsiah diri yang sempurna (Keterampilan Diri). Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan (Kerohanian, Sikap & Nilai ). Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat (Sains & Teknologi). Unsur yang seterusnya adalah unsur mampu menguasai kemahiran lisan dan bukan lisan dan mencapai komunikasi berkesan (Komunikasi) Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

MATLAMAT

    Melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. 

OBJEKTIF 

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Murid yang mengikuti KSSR dan KSSM akan mempunyai asas-asas berikut, insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif KSSR dan KSSM ialah ingin melahirkan yang bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR dan KSSM iaitu ingin melahirkan pekerja berilmu. Objektif KSSR dan KSSM ini saling berkait dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.