DEFINISI KSSR DAN KSSM

Apakah itu KSSR dan KSSM?  

    KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah 

    KSSM ialah Kurikulum Standard Sekolah Menengah

   KSSR dan KSSM diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Kedua-duanya digubal untuk untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mempunyai ilmu yang relevan dengan kehendak semasa serta keperluan masa hadapan. Hasratnya untuk membina insan yang bertanggungjawab iaitu berbudi, Bersatu padu, adil, penyayang dan berbakti. Seterusnya KSSR dan KBSR adalah berfokus kepada pembinaan pelajar untuk alam kerjaya dengan berfungsi kreatif,inovatif, menguasai kemahiran Teknologi maklumat dan komunikasi, pencipta teknologi dan belajar sepanjang hayat. Malahan juga, KSSR DAN KSSM menyedikan pelajar menjadi GLOBAL PLAYER dengan pelbagai kemahiran iaitu, kemahiran berfikir aras tinggi, daya saing, daya tahan, kemahiran komunikasi dan jati diri.